kepala sape yang menyebok tuh ?
Assalamulaikum and Annyeong .
Semua berlaku dengan baik hari ni . Alhamdulillah . Takde pergaduhan . Takde sesi mengumpat . Takde itu . Takde ini . Cuma tadi ade sesi mengintai . Haha . Aku dah jumpa tempat baru nak skodeng crush aku . Dekat bilik KH . lol . Aku TERjumpa okay . Secara kebetulan . Dan sekarang ni . Setiap kali KH , aku akan pastikan aku jalankan proses mengintai tuh . lol .
Hari ni . Mase KH . Kitorang belajar pasal eletronik . Kan ade amali ? So , kitorang kena lah buat . Dia punya amali punyelah susah . Wayar ni lah . Wayar tu lah . Nasib baik warne dia colourful . Kalau satu colour je . Mahu aku campak dalam tong sampah . lol . Serius . Dah lah kena sambung dekat situlah . sinilah . Salah kena bukak balik . Kalau senang takpelah jugak . Then , macam biasa . Aku antara orang terakhir yang siap . Memang selalu macam ni *sigh* bilalah aku nak berubah ? Tahun depan dah PMR -.-'
Okay . Dah lari cerita . Heh . Bebalik pada cerita tadi . Lepas buat semua benda alah tu . Kena pemateri pulak . Eh . Betul ke aku eja tu ? Entah . Pemateri ? Peteri ? Pemeri ? Okay . Pape jelah . Buat benda alah tu . Kena guna timah and satu alat yang pertama kali aku jumpa . Kita kena panaskan dia untuk cairkan timah tu . Lepas tu , ade pulak dia punyak penyedut . Haha . Hebat tak ? Hebat kan ? Benda alah penyedut tu pun . First time aku jumpa . Baru aku tahu . Betapa kuno nya aku . *Hantuk kepala dekat dinding*
Bila time rehat . Aku still buat banda alah tu lagi . Cikgu tu boleh pulak kata . "Kamu siap esok , takde markah untuk kamu" . Respon kitorang amat memberansangkan tau . Semua mengeluh . Kebanyakannya chinese yang siap dulu . Biasalah budak rajin . Lima minit lepas tu . Cikgu cakap . "Kamu pergilah keluar rehat , lepas rehat kamu sambung balik . Nanti cikgu bagi tahu guru yang mengajar lepas rehat" . And aku macam . Cikgu ni . Cakaplah awal-2 . Dah kelam-kabut baru nak cakap macam tu .
Aku keluar je dari bilik KH . Ade sorang mamat lalu . Bersinar-sinar *gebang* Haha . Crush aku lalu je . Haha . Betapa
Masa nak tunggu kawan aku siap . Aku tengok luar . Dia takde . Dan aku macam . Mane dia ? Mane dia ? Aku pandang belah kanan . lol . Blok from 3 dekat sebelah *crush aku form 3* . Aku dapat idea . Aku tarik tangan kawan aku yang sorang lagi . Ajak dia pergi bengkel belakang sekali . *bengkel aku bersambung* . Aku tinjau dekat tingkap . Sah ! Tekaan aku tepat . Aku dapat skodeng dia dekat situ .
Respon aku teruk gila . Terkinja-kinja macam beruk dapat pisang . Haha . Tiba-2 . Jari aku rasa kebas . Bila aku tengok . Jari aku berdarah . Aku tak tahu kenapa . Tadi tak sakit . Tiba-tiba je rase sakit . Haha . Ajaib betul . Ohh my ! Ibu aku dah panggil .
bye !