Assalamualaikum
Hei . Hai . Hoi . Hui . Aku dah kembali ni . Ingat aku lagi tak ? Mesti ingat kan ? Mesti ingat punya . Siapa lupa aku . Angkat tangan cepat . Aku nak kira berapa orang lupa aku . Kei . Haha . Abaikan intro yang entah hape hape tu . Aku ingat nak buat random topic hari ni . Memandangkan banyak aku nak cerita . Kei .
Random 1
Aku dah lama habis exam and dah lama aku online balik . Tapi aku malas nak apdet(update) blog ni . Haha kei . Bukan apa . Tiga mingu aku tak online . Macam macam benda aku dah terlepas . Sekarang ni pun ade lagi mv yang aku tak tengok . Malas nak cari . Ape yang aku tahu jelah yang aku tengok . Nak tanye dekat orang . Malas . Macam tak kenal aku kan -.-' heh . Aku apdet ni pon sebab aku terasa nak apdet . Yelah . Kesian dekat pembaca setia blog aku . lol . Ade ke orang baca . Perasan . huh .
Random 2
Lepas exam habis . Form 5 pulak exam kan ? Spm . Jadi . Kitorang yang takde kena mengena dengan spm ni dihalau ke dewan asrama . Ade ceramah dekat situ . Kenapa asrama ? Yelah . Kalau buat dekat tapak perhimpunan . Dekat dengan dewan periksa . Kalau buat dekat dewan . Kan ade spm . So . Terpakse buat dekat dewan asrama . Tapi bukan semua lol . Memandangkan hari khamis ni . Sekolah aku dengan sukacitanya nak buat keduri ape entah . Ade yang kena pergi masak satay , kuah kacang , ketupat and blablabla . Aku tak tahu and aku malas nak ambik tahu . haha aku ni . Dekat dewan asrama . Macam biase ade ceramah . Mase hari isnin . Semalam . Ade dua penceramah . First tu . Dia entah . Hensem lah kot . Kawan kawan aku semua cakap dia hensem . Muka dia ade macam angkasawan tuh . Dia ceramah pasal anak soleh . Dia punye ceramah sentimental sikit . Air mate aku adelah dua tiga titik yang keluar . haha aku . Nampak benar pembohongnya . Penceramah yang kedua . Guru besar king george . Dia ceramah pasal disiplin . Dia punye ceramah best . Sempoi and lawak gila . Aku gelak sampai nak terkucil lol . Nasib baik aku pandai tahan . haha . Hari ni . Penceramah dia sorang je . Tapi dua dua slot dia bolot sorang . Dia serius tapi ceramah dia tak formal . Faham tak maksud aku ? Faham kan ? Mula mula . Asyik gelak je tak henti henti . Last last . Habis semua keluar . Dengan hingus hingus sekali . hahaha aku ni . Esok . Takde ceramah . Aktiviti bebas . Tapi aku tetap datang sekolah . Murid contoh lah katekan . haha . Puihh !
bye .