Be Strong
ABOUT ENTRY CBOX LINKS +
Post title?



Assalamualaikum.

Disiplin aku semakin berkurang kebelakangan ni. Dulu kemain kata nak update blog hari-hari. Tapi seminggu sekali pun susah. Haha. Budak sibuk *nod* nak buat macam mana kan? Kalaulah dunia ni takde cikgu nak bagi kerja sekolah, tak payah baca buku, takde exam kan bagus. Hahaha.

Aku update hari ni sebab Izhana. Dia kata dia bosan dengan blog aku yang tak update update. Segan pulak aku. Ade blog tapi tak berupdate. Sorry Izhana. Tak sangka ade orang baca blog aku *kesat hingus* Aku fikir selama ni aku syok sendiri tapi ade jugak insan insan yang berhati mulia baca blog aku ni. Hahaha. Thanks korang ^o^

Sekarang ni aku terasa macam musim suka budak melayu. Siapa lah yang sumpah aku ni. Selama ni aku susah nak suka orang melayu. Jujur sangat susah. Entahlah. Aku lebih ke chinese. Maybe. Crush chinese. Aku suka dia dah dua tahun satu bulan. Lama tak lama tak? Lama kannnnn. Setianya aku dengan dia tu. Tapi semenjak peristiwa tu berlaku. Aku dah kurang fangirling dia. Aku dah terlebih ke mamat tu. 

Tapi sekarang perasaan aku dekat mamat tu dah kurang. Alhamdulillah. Suka mamat tu adelah satu penyesalan. Yeahh. Aku sangat sangat menyesal suka mamat tu. Lepas ni, bolehlah aku fangirling chinese tu puas puas. Walaupun dia selalu tak datang sekolah. Haih. Dia fikir ni sekolah family dia ke ape? Suka hati je nak datang ke taknak. Setiap hari isnin mesti tak datang. Malas nak pergi perhimpunan lah tu. Haih. Apelah nak jadi dengan dia tu?

Btw, T-ara dah comeback. Wohooooo. Jiyeon aku lawo gilaaaa. Serius. Lawa sangat sangat. Ah reum pun not bad. Eunjung serius comel dengan rambut pendek dia tu. Hyomin satu lagi. Cantik sangat. Lagu diorang rancak gila. Ting-ga-ring-ga-ring-ga Ting-ga-ring-ga-ring-ga Ting Ting Ting Ting. Omg omg. Bestnyeeeeeee xD 

Why you hating?

Bye o/